|
|
| Tuesday, 22-Apr-2008 16:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kembali Beraksi...
|
|
Selama sebulan mengembara tanpa speedlight & lens sungguh menyeksakan.
Tetapi mujur ada kawan2 yang berani dan percaya meminjamkan lens dan speedlight mereka sewaktu tugasan saya di Tebung hingga ke Kuala Kubu Baru. Tq guys (Ej & Mozabas) tanpa bantuan2 sebegini pasti saya mengalami lebih banyak kesulitan.
Terima Kasih juga kepada Nikon (M) kerana segera membaikinya ("segera" jika dibandingkan dengan kes rakan2 Nikon yang lain ) dan ianya FOC.
Speedlight SB600 - Replaced XE tube & Trigger PCB
Lens 18-135 - Replaced SWM
Rasanya semua telah tahu yang sewaktu era CCD pengguna Nikon sentiasa berdepan dengan masalah noise yang bersepah di sana sini. Saya dan rakan2 sendiri sangat takut bila ISO melebihi angka 800 dan angka seterusnya dianggap 'haram' .
Kemunculan D3 telah membuka standart baru dalam DSLR dan ia telah membuat ramai pengguna Nikon terutama Pro-Photog lega dengan respon ini (walaupun ramai yang tak mampu lagi ).
Ia juga bertujuan bagi menarik semula golongan Pro-Photog.
Tapi kita semua juga tahu yang untuk service, Nikon di Malaysia agak ke belakang berbanding pesaing yang lain. Ramai Pro Photog yang telah bersuara termasuk SN.
Selain camera yang baik, service Nikon perlu dipertingkatkan jika mahu merebut semula bahagian mereka yang hilang dalam Pro-DSLR.
Saya sekadar memberi pandangan
Nikon- At the heart of image
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Apr-2008 22:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan; Abdul Halim & Noorhasiah
|
|
Pada 9 Mac yang lalu telah berlangsung Majlis Perkahwinan antara Abdul Halim & Noorhasiah di Tebung, Melaka.
Jika orang lain bersorak menyambut kemenangan parti politik masing-masing, Hj. Abdul Rahim pula kegembiraan menyambut menantu. Pangantin kita kali ini agak menarik. Selain tarikh perkahwinan mereka yang bersamaan dengan tarikh pilihan raya, saya juga tertarik dengan kisah Halim bersama isterinya yang memandu dari Terengganu ke Melaka selepas majlis pernikahan mereka pada 8 Mac untuk menghadiri majlis persandingan di rumah Halim pada malam harinya pula. Walaubagaimanapun, beliau tidak nampak penat sebaliknya semua perancangan pada malam tersebut berjalan lancar.
Pada keesokan harinya pengantin dihiburkan oleh pasukan kompang Tebung. Persembahan kompang unik hasil gabungan kompang dan formasi pancaragam yang menarik berjaya menarik perhatian ramai.
Sebaik tamat semua acara, saya yang dibantu oleh Fuji membawa pasangan pengantin keluar utk. sesi outdoor. Cuaca tidak berapa baik namun Alhamdulillah kami berjaya menyelesaikan tugas kami.
Tahniah kepada pasangan pengantin Halim dan Hasiah berserta keluarga.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Mar-2008 18:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Stock Photos: CBR 600RR & Medan Ikan Bakar Alai
|
|
Sebulan yang lepas saya telah diberi kesempatan untuk merasai pengalaman Commercial Shoot di Medan Ikan Bakar Alai. Jangan salah faham saya tidak dibayar mahal untuk kerja ini...ianya lebih kepada percubaan bagi kami (Mozabas a.k.a CLS-man). Terimakasih kepada pemilik Medan Ikan Bakar tersebut dan rakan kami En. Suhaidi. "Bukan mudah taukeh kedai nak bagi peluang sebegini"
Bukan itu sahaja, memandangkan mereka berdua pemilik superbike, jadi selain gerai dan ikan-ikan menjadi subjek pada malam itu, motosikal tersebut juga tidak terlepas daripada disimbahi cahaya CLS...
Jadi...kepada pengunjung dan juga peminat Superbike diluar sana harap anda semua suka...
Bersesuaian dengan permulaan musim baru Motor GP....
P/S: Sememangnya dah lama saya hendak kumpul stock photos CBR
Honda CBR 600RR 2007
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Mar-2008 22:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan; Mozabas (Din) & Roza Outdoor Ke-2 (A'Famosa Resort)
|
|
Gambar-Gambar tersebut diambil pada hari kedua outdoor di A'Famosa Resort.
Mozabas bertuah kerana ramai rakan-rakan photographer yang hadir. Kebebasan yang diberikan kami gunakankan sebaiknya sebelum kami dihalau oleh pihak pengurusan A'Famosa , walaubagaimanapun Tq pada A'Famosa Resort.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Mar-2008 18:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan; Mozabas (Din) & Roza
|
|
Pada 15 Feb hingga 17 Feb 2008, Sahabat saya Mozabas dan Roza telah melangsungkan perkahwinan.
Tak perlu diperkenalkan lagi kedua-dua Photographer ini, kerana rasanya ramai pengunjung fp saya ini mengenalinya.
Sepasang Pengantin di Ijab menjadi satu,
Dua buah keluarga kini bersatu,
Tiga hari Majlis yang berbeza,
Tiga Lokasi berlainan arah,
Tiga sesi outdoor
Dan Jutaan keseronokan.... Memang penat tetapi saya seronok sepanjang 3 hari tersebut.
Memang berat bagi saya yang baru ini.
Walaubagimanapun sebenarnya ramai rakan photographer yang turun membantu dan rasanya perlu saya sebutkan di sini....
Pada Hari Pertama (Nikah), Ejat&Isteri datang terus dari Putrajaya semata-mata untuk merakamkan hari penuh bermakna ini. Beliau juga turut serta dalam sesi Outdoor di Masjid Selat Melaka. Sebaik sahaja selesai, mereka bergegas pergi ke Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga mereka di sana. Terima Kasih pada Ejat& Isteri.
Pada Hari Kedua (Persandingan di Dewan MPAG), Karim, Zahid, Ismail Said (Mael), Fuji dan Daneal telah membantu melancarkan sesi fotografi semasa di Dewan MPAG dan Outdoor di A'Famosa Resort. Terima Kasih Semua.
Pada Hari ketiga (Di kediaman Mozabas, Sungai Udang Melaka) Saya telah dibantu oleh Fuji yang banyak membantu sbg. CLS man pada Outdoor di kawasan lalang depan rumah Mozabas dan kawasan Ladang Getah. Terima Kasih.
Mereka ini bergerak setiap inci dalam majlis tersebut penuh fokus dan hasilnya... saya yakin En Mozabas kita pasti pening memilih gambar mana yang mahu dimuatkan dalam Special Albumnya nanti...
Pic. di bawah diambil semasa sesi outdoor di Masjid Selat Melaka selepas majlis Akad Nikah. Banyak perkara lucu yang berlaku dan memandangkan Mozabas sedang hangat dengan konsep Foto Komik-nya, Jadi saya cantumkan beberapa imej candid yang lucu itu untuk menghasilkan Foto Komik utk mereka.
Harap semua suka...
*Maaf tulisan sedikit kecil atas kesalahan saya sendiri.
Enjoy & Selamat Pengantin Baru.....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Feb-2008 23:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan: Mohd Yusof & Masliza
|
|
Pada 9 February yang lalu telah berlangsung perkahwinan antara Masliza dengan Mohd Yusof. Saya dipertanggungjawabkan untuk merakamkan hari bahagia tersebut bermula dari 8 hingga 10 Feb. Tiga hari yang memenatkan tetapi menyeronokan.
Buat En. Rahimi & Pn. Rokiah (ibu,bapa Mas) majlis ini amat istimewa memandangkan Masliza merupakan satu-satunya anak perempuan mereka dan ini merupakan majlis perkahwinan pertama dalam keluarga mereka.
Memandangkan majlis perkahwinan ini ada menjalankan persandingan di waktu malam saya bercadang untuk mencuba teknik CLS pada malam tersebut. Jadi saya meminta bantuan Mozabas dan beliau bersetuju untuk membantu. Terima kasih kepada beliau kerana dalam kesibukan membuat persediaan untuk perkahwinannya masih lagi sudi membantu.
Lastly... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pengantin kami sentiasa sihat dan selamat sepanjang majlis perkahwinan tersebut. Itu yang penting....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Feb-2008 21:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan: Mimi & Sham
|
|
Pada 3 Feb.yang lalu telah berlangsung majlis perkahwinan antara Sham dan Mimie di rumah Sham.
Memandangkan pada minggu tersebut saya free jadi saya turun membantu Mozabas (OP) kerana ada 2 apprentice-nya tutut serta. Jadi mengikut perancangannya saya ditugaskan untuk memerhati dan melayani mereka. Jgn salah faham kerana kerja saya pada hari tersebut more to 'mandor' bukan cikgu. Saya tak cukup bagus lagi nak mengajar orang hehehe...
Walaubagaimana pun mereka tak dapat hadir jadi saya buat kerja seperti biasa (side kick Mozabas)
cari angle berbeza sementara beliau merakamkan posing2 menarik pengantin.
Berbalik kepada kisah pengantin kita tadi. Saya tertarik dengan kisah Cinta mereka. Pada saya ianya agak unik kerana menurut ceritanya mereka dipertemukan oleh nenek Mimie. Sweet-kan??? hehehehe..... . Yang menariknya lagi rumah nenek Mimie berjiran dengan Sham. Menurut apa yang diceritakan kepada saya perjalanan cinta Mimie agak panjang dan saya tak bercadang untuk mengarangnya disini. Dipendekkan cerita yang panjang sejauh pengembaraan Cinta Mimie ini akhirnya bertemu jodoh dengan orang sebelah rumah. Kalau dah jodoh tak kemana.
Jadi apa yang saya belajar dari kisah mereka disini cinta bukan sahaja sekadar merenung kearah kekasih kita, cinta itu sendiri memerlukan kita melihat sesuatu pada perspektif yang berbeza tetapi arah yang sama. Supaya yang jauh kita nampak, yang dekat kita tak lupa. Supaya arah yang kita pergi sama sealiran dan sefahaman.hehehhe
Pic no1 rasanya bertepatan dengan mesej kisah cinta mereka.
Selamat Pengantin Baru dan Enjoy....
Oh ya....
Saya yakin ramai pengunjung fp LipasDigiFoto ini peminat "Mozabas Photo Design" kan?
Bagi peminat Mozabas.... anda pastinya hendak melihat bagaimana beliau berkerja.
Scene yang anda lihat di bawah adalah salah satu cara bagaimana beliau mengatasi masalah bumbung tinggi dikebanyakan rumah2 kampung. Mungkin perkara biasa bagi geng2 photog yang dah lama, tetapi bagi geng2 photog yang baru ianya mungkin sedikit membantu memberi mereka idea bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Memandangkan 1 studio lightnya meletup awal pagi itu jadi hanya 1 studio light digunakan.
Dan buat geng TT CS Melaka 7 Feb yang lalu (terutamanya Shahrol) kalau nak tau apa itu SB-1300, inilah dia hehehehe
Enjoy...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Jan-2008 20:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan Zahid & Norafzan "Citarasa Classic"
|
|
Pada 26 January yang lalu merupakan detik indah buat salah seorang daripada rakan photographer kami iaitu Zahid apabila menamatkan zaman bujangnya bersama Norafzan.
Detik-detik bahagia mereka diteruskan pada ke esokan harinya di rumah Zahid.
Memandangkan pada 26 Jan. saya dan Mozabas tidak dapat turut serta, jadi kami terlepas beberapa sesi photography bersama rakan2 yang lain. Rugi...
27 Jan. kami (saya & Mozabas) tiba di rumah Zahid agak lewat, walaubagaimanapun sesi outdoor yang kami nanti-nantikan belum bermula. Petang tersebuat agak panas dan cahaya sangat baik untuk tujuan outdoor photography. Yang menariknya Zahid berjaya meminjam sebuah Lambretta.
1st sekali saya teringatkan SN....
Si Mozabas pulak....."Retro beb...Retro..." rupa2nya nak buat konsep komik... lihat fp ini memang menarik http://mozabas.fotopages.com
Lastly...
Saya sangat gembira semasa sesi outdoor tersebut yang dikendalikan dengan baik oleh Abg. Mael selaku OP pada hari tersebut.
Suatu pengalaman yang menarik dapat bermain cls dengan flash yang banyak... siap payung lagi (Tq pada Abg.Mael, Karim, abg. Bidi dan lain2)
Pada Zahid & Ijan Selamat Pengantin Baru dan semoga di panjangkan jodoh....
Saya harap semua suka....
Enjoy....
Sempat dirakam gambar para photographer yang terlibat...
Snap by Zahid the "Raja Sehari" hehehhe
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masjid Selat, Suatu Destinasi Baru Photographer Melaka.
|
|
Terletak di pulau buatan berdekatan Melaka Raya, Masjid ini tersergam indah betul2 di sudut paling depan pulau tersebut.
Selain boleh bersolat dengan tenang, masjid ini juga memberikan pemandangan indah Selat Melaka.
Ia merupakan tarikan terbaru negeri Melaka dan tidak hairanlah jika ia bakal dikunjungi oleh ramai lagi para pengantin dan photographer-nya yang mahu merakam hari bahagia mereka di tempat yang istimewa ini.
Jom datang Melaka...hehehhe!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jan-2008 09:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan: Rizzuan & Nor Azura, Alor Gajah, Melaka
|
|
Salam....
Pertama kali bila mendapat job ini dan mendengan kisah pasangan ini apa yang saya mampu katakan ialah simpati...
Tapi perkataan simpati itu sendiri sebenarnya tak menggambarkan bagaimana keadaan mereka.
"Mungkin DBP perlu buat perkataan baru (hehehe )"
Azura bertugas sebagai guru di Sabah sementara Wan bekerja di Semenanjung (Melaka).
Jadi beberapa hari selepas bersama, Azura terpaksa pulang ke Sabah. Saya kesian pada pasangan-pasangan seperti mereka dan saya percaya ramai yang senasib di luar sana.
Saya mula terfikir kalau2 saya senasib dengan mereka... Bagaimana pulak agaknya kalau kalau ada pasangan yang terpisah antara benua...ishhh..!
Apa yang boleh saya buat cuma loadkan beberapa gambar perkahwinan mereka, dengan harapan Azura dapat melihatnya sebelum balik ke Semenanjung. Saya harap sumbangan kecil ini mampu membantu mereka mengubat rindu di kejauhan ini.
Saya doakan supaya Azura dapat dipindahkan ke Semenanjung secepat mungkin..Amin...!
Saya loadkan juga Movie Poster Enchanted full version.
Lastly... Selamat Pengantin baru Wan & Azura.
|
|
|
|