Salam..... Rasanya dah lama benar tak update fp ni....
So sory jugak pada geng2 yang pergi trip ke Kelantan ari tu... mereka terpaksa tunggu lama
untuk lihat gambar2nya. Pada bulan Julai dan Ogos ini saya sedikit sibuk dengan tugas di pejabat.
MMU Convocation tak lama lagi dan banyak yang perlu dibuat. Tempahan untuk bulan2 tersebut juga terpaksa ditolak dan saya minta maaf pada mereka semua. Tq dan minta maaf juga pada kawan2 photog yang hubungi saya untuk job2 bulan Julai dan Ogos tetapi saya terpaksa menolaknya atas sebab yang sama juga.
Berikut saya sertakan beberapa koleksi gambar semasa mengikuti percutian ke Kelantan anjuran Bro. Nik Zailan dan Pekej percutian daripada KTM.
Semuanya ok cuma masalahnya bila travel by train ni adalah 'masa'. Kalau anda tiada masalah terperangkap dalam kedinginan selama 20 jam, then perjalanan menggunakan Keretapi sesuai untuk anda.....
En. Nik Zailan kita..... Leader trip kali ini.
Rahim dalam kesejukan,..... buat2 membaca bila saya cuba ambil gambarnya.
Suhu dalam gerabak kami sangat sejuk...betul2 sejuk...
Kesian pada mereka yang tidak membawa baju sejuk atau selimut,
terpaksalah tidur di luar.
"Bilal".... Tesco kat belakang tulah! Bukan kat depan!
Sebaik sampai kami menuju terus ke Muzim Perperangan.
Yang bestnya saya dibenarkan membawa masuk kamera..heheheh
Peluang yang julung2 kalinya.... Salah satu kelengkapan tentera Jepun sewaktu WWII.
Antara barangan antik yang terdapat di dalam Muzium tersebut.
Lokasi di Pasar Siti Khadijah, masuk2 aja pasar tersebut saya ternampak makcik ni tekun memotong
serai.
Permandangan di celah2 bangunan dari atas pasar tersebut.
Ini pula bentuk dari dalam kubah pasar tersebut.
Antara gambar2 yang saya suka. Lama saya menunggu makcik ini mendongak ke atas.
Suasana petang sewaktu hendak pulang.
Salah satu gambar petugas KTM yang berjaya dirakam.