Saya sibuk bercerita tentang aktiviti rakan2 kita di bulan ramadan....
Apa pula saya lakukan waktu2 santai hari ahad pada bulan ramadan seperti ini?
Saya tidak menerima apa2 tempahan luar biasa jauh sekali untuk menganjurkan kelas atau bengkel (saya gugup depan public ).
Ianya BEBAS . FREE . LAPANG & SANTAI. Nak keluar shoot hujan pulak...
Duduk sahaja di rumah tak bermakna saya tak boleh berkreatif. Saya teringatkan karya Rarindra Prakarsa yang sentiasa saya tatap... ianya salah satu terapi minda saya untuk hasilkan sesuatu yang baru atau sekurang2nya berbeza daripada orang lain. Cita-cita saya besar, saya selalu impikan suatu style yang mewakili diri saya sama seperti style2 yang membawa nama Kenvin Pinardy, Rarindra dan Dave Hill.
Berbeza daripada style Dave Hill yang berlambak ps actions&plug-in nya, style Rarindra Prakarsa memaksa kita mengkaji cara kerja editing beliau.
So dengan pengetahuan photoshop yang agak terbatas saya meneruskan pencarian tersebut. Saya gunakan apa yang saya tahu untuk hasilkannya tetapi saya masih lagi gagal menemui jalannya dan jauh sekali daripada kualiti yang perlu ada pada sesebuah gambar Rarindra Prakarsa.
Tetapi dalam pencarian tersebut saya terhenti pada satu level kerana saya sangat suka dengan hasilnya. Ianya seakan2 editing style LOMO yang dikawinkan dengan editing Rarindra Prakarsa tahap pra sekolah .
Maka terhasillah ia...
Saya sertakan pic asal yang diberikan sedikit nafas baru sebagai rujukan, kemudian hasilnya dari pada teknik "entah apa2 entah" dari saya. Ianya merupakan versi pagi dan petang/senja.
Saya masih lagi tercari2 teknik yang digunakan oleh Rarindra Prakarsa, so kepada kawan2 di luar sana yang ada idea dan tahu caranya minta bantuan anda tunjuk ajar...!
Banyak lagi yang saya perlu perbaiki.....
"Proses Pembelajaran sepanjang Hayat!"
Gambar asal + PS CS3
Lokasi: Kg. Gadek, Alor Gajah, Melaka.
Sat 11-Oct-2008 15:45 Posted by:rizan saad rizansaad@gmail.com
Salam..
Tq Rizan.... memang saya ada ikut site tu sebelum ni....
Memang banyak membantu & kalau tak silap tu ajalah site yang ajar step by step kerjanya.
Tq & kalau ada apa2 info tentang teknik rarindra lagi kita share2 lah ok...