Gambar2 tersebut di ambil semasa kelas fotografi Mozabas dan EF (sewaktu Rehat), hanya ambient light dari tingkap EF studio ditarik masuk kedalam sensor.
Cahaya agak dramatik terhasil, no wonder-lah knp ramai pro seperti David Oliver sukakan ambient light. David Oliver secara peribadi menganggap Flash sebagai tools yang teruk untuk photographer.
Tapi walaubagaimanapun saya juga meminati kerja2 Joe McNally yang terkenal dengan setup cls nya dan gambar2nya yang stunning.
Dengan senario yang dimulakan oleh Nikon sekarang dimana iso boleh pergi setinggi 25, 600 (terbaru- Canon 5D mark II, iso 25,600) menjadikan fotografi menggunakan ambient light lebih menyeronokan, lebih2 lagi dalam bentuk colour kerana kita tak perlu lagi risau tentang noise atau terpaksa menukarnya kepada B&W seperti dulu.
Teknologi flash juga berkembang seiring dan membantu photographer menyelesaikan banyak masalah.
Terbaru, saya sangat tertarik dengan flash baru Sony HVL-F58AM dimana bounce angles-nya tidak akan dapat dicapai oleh mana2 flash yang ada sekarang. Suatu idea yang sangat innovatif dan berharga.
Ambient light atau Flash???
Saya suka kedua2nya... kedua2nya cantik...kedua2nya berguna.